KUALA LUMPUR – Ultimate Print Sdn Bhd memenangi dua anugerah pada majlis Malaysia Print Award 2014, hari ini.

Anak syarikat Kumpulan Media Karangkraf itu memenangi anugerah bagi kategori pemasaran kolateral serta ‘digital proofing’.

Pengurus Besar Ultimate Print, Azizi Fickry berkata, anugerah tersebut merupakan hadiah buat usaha gigih semua warga kerja syarikat tersebut.

“Kami bersaing dengan banyak lagi syarikat yang sudah lama bertapak di industri percetakan dan Ultimate Print merupakan satu-satunya syarikat Bumiputera yang menerima anugerah ini.

“Dengan perkembangan industri digital apabila semua beralih ke sini dan inilah merupakan cabaran besar buat kami,” katanya selepas menerima anugerah yang disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mah Siew Keong di Pusat Konvensyen Sime Darby, sebentar tadi.

Menurutnya, bukan mudah untuk meraih kemenangan itu memandangkan buku yang dihasilkan adalah berbentuk coffee table.

Pada majlis tersebut sebanyak 58 anugerah turut disampaikan.

Terdahulu Ultimate Print turut mendapat pengiktirafan apabila menerima anugerah dalam Asia Print Award 2014 menerusi kategori katalog, buku dan risalah, 7th Annual Fuji Xerox PIXI Award 2014 (pemasaran langsung) dan Malaysia Print Awards 2014.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here