SUBANG JAYA – Ultimate Print Sdn. Bhd anak syarikat Kumpulan Media Karangkraf yakin pelan pengurangan kos dapat memberi impak positif khususnya kepada keuntungan syarikat pada masa depan, bagaimana pun perlu diimbangi dengan peningkatan kualiti cetakan.

Perkara itu disuarakan Ketua Pegawai Operasinya, Christene Heng selepas menerima pengiktirafan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada Majlis Apresiasi Firma MyKE disampaikan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir di sini, semalam.

Beliau percaya strategi serampang dua mata ini mampu meningkatkan produktiviti sekali gus melonjakkan imej syarikat.

Mengulas pengiktirafan diterima, Christene berkata, ia adalah hasil kerjasama, komitmen jitu dan cambahan idea bernas berterusan semua warga jerka.

“Pengiktirafan yang diterima hari menjadi titik tolak buat Ultimate Print mengembang dan meningkatkan lagi budaya inovasi selepas ini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here