KUALA LUMPUR – Syarikat percetakan terbesar di Malaysia, Ultimate Print terus menerajui industri melalui percetakan hibrid sejak lima tahun lalu.

Pengurus Besar Jualan dan Pemasarannya, Lai Mee Lin berkata pihaknya berjaya menetapkan satu trend baharu dalam industri percetakan.

“Percetakan hibrid ini kita bekalkan percetakan digital di mana kita ada percetakan komersial dan percetakan akhbar.

“Teknologi ini kita yang pertama set trend yang kita banyak tumpu pada digital sebab nak jimatkan kos dengan ‘warehousing’.

“Pada masa akan datang platform digital ini akan menjadi pilihan semua orang,” katanya kepada Sinar Harian selepas membuat pembentangan di Persidangan Tahunan Delegasi Asean Newspaper Printers 2018, hari ini.

Dalam pembentangan itu, beliau berkongsi teknologi digunakan Ultimate Print dengan delegasi melibatkan beberapa negara Asean termasuk Thailand, Myanmar, Laos, Singapura dan Indonesia.

Menurutnya, setakat ini teknologi itu masih belum digunakan pihak lain di negara ini.

“Kita di Malaysia yang pertama. Setakat ini orang lain nak masuk tapi belum lagi. Kita dah masuk dan mulakan lima tahun.

“Sebab kita ada penerbitan Karangkraf sendiri, kita nampak trend itu dah datang jadi kita luaskan lagi gelombang itu,” katanya.

Katanya setakat ini, teknologi itu berpotensi tinggi dan mempunyai pencapaian yang sangat bagus.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here