SHAH ALAM – Ultimate Print Sdn Bhd (UPSB) mencapai piawaian antarabangsa sebagai organisasi pengurusan kualiti terbaik apabila dianugerahkan ISO9001: 2008 Standard Kualiti Pengurusan sejak 2005.

Ini adalah bukti komitmen Ultimate Print kepada kualiti. Seterusnya, pada Ogos 2011, Ultimate Print menerima ISO 12647 (Piawaian Proses Offset (PSO) iaitu pensijilan dari Organisasi Penyelidikan Teknologi Grafik Fogra dan Persatuan Pencetak Jerman (bvdm).

Pengurus Jaminan Kualiti Ultimate Print, Raja Syuriani Raja Ali berkata, pensijilan berprestij ini dikeluarkan oleh badan pensijilan di Jerman yang membuka peluang Ultimate Print lebih berdaya saing selaras dengan standard antarabangsa.

Piawaian itu memberikan pengiktirafan kepada Ultimate Print untuk proses pra-penerbitan akhbar yang diproses iaitu warna pengurusan dan penciptaan bukti kontrak, percetakan plat standard dan dikendalikan dengan lembaran mesin offset.

Menurut Raja Syuriani, Ultimate Print adalah salah satu daripada dua syarikat percetakan pertama di Malaysia yang disahkan mengikut PSO (12647).

“Pensijilan mengikut ISO 12647 adalah satu langkah yang sangat penting bagi untuk terus meletakkan Ultimate Print berdaya saing dan memberikan jaminan kualiti terbaik kepada pelanggan,” katanya.

Ultimate Print merupakan anak syarikat Kumpulan Media Karangkraf, yang terlibat dalam dunia percetakan dan penerbitan sejak lebih tiga dekad lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here